Latar Belakang


Perpustakaan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading, Batu Pahat, Johor dibuka pada tahun 2008. Dengan bangunan setinggi dua tingkat yang dilengkapi dengan segala kemudahan, pihak pengurusan perpustakaan memulakan misi dalam menyokong staf akademik dan pelajar bagi program pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di KKTM Sri Gading.

Sebagai gedung ilmu serta pusat penyebaran maklumat kepada warga kolej dan selaras dengan penubuhan KKTM Sri Gading yang berteraskan kejuruteraan dan teknologi, pembangunan koleksi bahan dalam bidang berkenaan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.